{ UKHUWAH SEJATI }

Sunday 16 October 2011

-SYIRIK KECIL-

Assalamualaikum...

Senyum selalu...

Antara syirik kecil yang sering berlaku dalam keadaan sedar atau tidak sedar atau dah terbiasa...,ups... confius ye...,emm.. tidak mengapa kejap lagi kita akan tau ye..

1) Riyak

 Daripada Mahmud Bin Labid r.a katanya " sesungguhnya perkara yang sangat-sangat aku takuti akibat buruknya menimpa kamu ialah syirik kecil ".

Sahabat baginda bertanya "apa dia syirik yang kecil itu ya rasullullah". Baginda menjawab "syirik yang kecil itu riyak".

2) Bersumpah selain daripada nama atau selain daripada sifat Allah.

3)Tawar jampi, tangkal azimat, ilmu guna-guna macam ilmu pengasih untuk menambat hati suami kepada isteri atau isteri kepada suami dan seumpamanya.


eee.... takutnya lau kita tidak sengaja melakukan syirik kecil ini kan...., Moga kita dapat menghindari dari syirik kecil ini...,emm... bagi syirayu ada caranya...,wokey.. mari kita lihat apa cara-caranya untuk mengelak dari melakukan syirik kecil ini... yuk...

1) Jangan mengunakan sesuatu benda atau perkataan atau sesuatu cara sebagai sebab mendapatkan kebaikan atau menolak perkara yang tidak diingini, kecuali sudah mengetahui sesuatu itu di bolehkan dalam hukum ALLAH..

2) Apabila  kita sudah bersungguh pada sesuatu perkara itu dengan mengikut syarak atau hukum ALLAH, jangan kamu terlalu mengharap kerana ianya akan berlaku mengikut takdir atau kehendak ALLAH..., sebab itu lah..., pasti kamu pernah dengar ayat ini kan " selepas berusaha hendak lah kamu bertawakal kepada allah (berserah kepada ALLAH)".

Uis... lau kita pernah melakukan dosa kecil ini apa nak buat ye???

hurm.. ada caranya... :)

Di antara perkara yang dapat mengugurkan dosa kecil:-

1)  Apabila kita mengangkat wuduk, air yang jatuh daripada kulit kita seperti gugurnya dosa-dosa.

2) Istighfar.

3) Salam bersalaman seperti selepas solat berjemaah dengan memandang muka sahabat dan senyum...

3)Jangan melakukan sesuatu amal ibadah dengan tujuan mendapat penghargaan atau balasan daripada yang lain selain dari ALLAH s.w.t.

1 comment: