{ UKHUWAH SEJATI }

Sunday 16 October 2011

-SYIRIK KECIL-

Assalamualaikum...

Senyum selalu...

Antara syirik kecil yang sering berlaku dalam keadaan sedar atau tidak sedar atau dah terbiasa...,ups... confius ye...,emm.. tidak mengapa kejap lagi kita akan tau ye..

1) Riyak

 Daripada Mahmud Bin Labid r.a katanya " sesungguhnya perkara yang sangat-sangat aku takuti akibat buruknya menimpa kamu ialah syirik kecil ".

Sahabat baginda bertanya "apa dia syirik yang kecil itu ya rasullullah". Baginda menjawab "syirik yang kecil itu riyak".

2) Bersumpah selain daripada nama atau selain daripada sifat Allah.

3)Tawar jampi, tangkal azimat, ilmu guna-guna macam ilmu pengasih untuk menambat hati suami kepada isteri atau isteri kepada suami dan seumpamanya.


eee.... takutnya lau kita tidak sengaja melakukan syirik kecil ini kan...., Moga kita dapat menghindari dari syirik kecil ini...,emm... bagi syirayu ada caranya...,wokey.. mari kita lihat apa cara-caranya untuk mengelak dari melakukan syirik kecil ini... yuk...

1) Jangan mengunakan sesuatu benda atau perkataan atau sesuatu cara sebagai sebab mendapatkan kebaikan atau menolak perkara yang tidak diingini, kecuali sudah mengetahui sesuatu itu di bolehkan dalam hukum ALLAH..

2) Apabila  kita sudah bersungguh pada sesuatu perkara itu dengan mengikut syarak atau hukum ALLAH, jangan kamu terlalu mengharap kerana ianya akan berlaku mengikut takdir atau kehendak ALLAH..., sebab itu lah..., pasti kamu pernah dengar ayat ini kan " selepas berusaha hendak lah kamu bertawakal kepada allah (berserah kepada ALLAH)".

Uis... lau kita pernah melakukan dosa kecil ini apa nak buat ye???

hurm.. ada caranya... :)

Di antara perkara yang dapat mengugurkan dosa kecil:-

1)  Apabila kita mengangkat wuduk, air yang jatuh daripada kulit kita seperti gugurnya dosa-dosa.

2) Istighfar.

3) Salam bersalaman seperti selepas solat berjemaah dengan memandang muka sahabat dan senyum...

3)Jangan melakukan sesuatu amal ibadah dengan tujuan mendapat penghargaan atau balasan daripada yang lain selain dari ALLAH s.w.t.

Thursday 8 September 2011

SALAM LEBARAN TO ALL MY FRENDZ..

Salam alaik..., pekhabar semua?? harap semuanya selamat dan sihat2 belaka :) 
camne sambutan hari raya tahun ini? mesti meriahkan kan.., pe yg korang buat mase sambutan hari raya itu..? emm.. mesti banyak buat kuih raya, masak ketupat and lemang, tidak ketinggalan juga rendang tok kan kan.., wah memang meriah tu...



Hehehe.. syirayu nak cerita pasal beraya dikampung gajah perak pada setiap tahun.. hukhuk.., nak tau tak?
emm sbnrnye pada setiap tahun when syirayu sambut hari raya kat kampung mesti kene buat persiapan cam kenduri bertunang hehehe..., sebab sangat meriah dengan sepupu yang ramai dan pelbagai makanan yang akan kami sediakan untuk tetamu yang datang..., tp sebenarnye bukan nak bagi tetamu yang datang jer... hehe.., kami yang mamam dulu hehe..., tak kisah la.. asal kan kami tak lapak masa solat hari raya tu... :D haha..






Ini lah makan yang kami makan di pagi hari raya...,kuih raya? kuih raya makan lepas 
solat hari raya lah..


Syirayu & Aishah


ups.., syirayu ngah mamam...,penat menghidang untuk tetamu.., lepas tetamu balek... pe lagi kami duduk menghadap makanan tu smpai kenyang... hihihih... lps tu kami semua kemas2..
 mandi n go to pray.. yeaahh..!


Balek dari masjid selalunye..,kami akan membuat aktiviti yang menyeronokan n mengembirakan hati semua org..., aktiviti apa tu..?? ermm.. pe lagi capture photo la... ahahhaa.. macam2 gaye ada.. hehehe...
yang kecik pun pandai berposing.... hehehe kalah orang tua da... hohoho...

Tetapi adakalanye dalam kegembiraan tu terselit seribu satu duka..., 
tidak kira disebabkan kehilangan seseorang ke..? atau pergaduhan yang tidak ada penyelesaian ke..?
 atau belum bertemu jodoh ke..?? ish ish 
harap2 suatu hari nanti pasti ada kegembiraan yang hakiki...,seperti di syurga nanti...
insyaallah..., itu tujuan utama... ~syurga hakiki~ jumpa aku di sana hehehe.... :)
So nikmati la syawal yang ada ini dengan rasa bersyukur dan dengan penuh takwa...
bersederhana itu lebih baek kan... :)








Thursday 25 August 2011

PENGHUJUNG RAMADHAN

Fuh.. mesti hari nie ramai yang sudah pulang ke kampung halam..
Bagus la tu & don't forget to be carefull ye.. hehe..., ermm.. tidak ketinggalan juga yang masih lagi di office bertungkus lumus untuk siapkan kerja hoho..., jgn sedih-sedih masih lagi tinggal beberapa hari lagi untuk kita berhari raya..., hope dapat habiskan semua keje sebelum balik raya ye...,
saya de sediakan video untuk yang strees kat office lagi nie kikiki....
saksikan la...lalala~
&
senyum-senyum selalu...







~ tak pe gelak jer kuat-kuat hohoho.., memey saya nak nengok kamu senyum pun ^-^.

 Biasanya when hari raya..,we will wish " selamat hari raya.. maaf zahir and batin". walaupun sebenarnya untuk saling meminta maaf tidak perlu menunggu hari raya right... hehe..., sepatutnya yang telah di ajar oleh Rasullah when ceer hari raya adalah mengucapkan doa," Taqobbalallah Minna Wa Minka" that mines =
" Semoga Allah menerima (amal ibadah) kita dan kamu ", and than nak add lagi ucapan maaf pun boleh (^-^). Jom amalkan sunnah Rasullullah!! ~ Selamat Beribadah Di penghujung Ramadan!!





Tuesday 9 August 2011

KERETE SONDOL KERETE SABAR JE R...

Cute Car

Alhamdulillah... ari nie da masuk ari ke 9 kite dibulan ramadhan, syirayu harap kawan2 
masih lg bersemangat dan ikhlas dalam mengerjakan ibadah puasa. 

Ari nie sebenarnye syirayu nak ceritakan tentang pengalaman yang berlaku semalam. Buat
pengetahuan kwn2, semalam syirayu berbuka puasa bersama rahimah,kaktie dan kakmiza..,
ape yang berlaku semalam emm....
 ha!! mase dalam perjalanan nk g LRT chan show lin 
dengan menaiki kereta kaktie tibe2 de sebuah kereta melangar belakang kereta kaktie..,
nasib baek pakai tali pinggang lau x.., mesti kami da tercampak kedepan adui...,sabar jer r..,
syirayu rse nk marah tp cube gak tenangkan diri..,syirayu melihat kaktie mengigil seluruh badan..,sian die..
kaktie cakap " lau kite da berhati2,orang lain lak yg langgar kite ". 

Yang syirayu pelik nye orang tu x brak ke..?! coz mase tu org bhenti lampu merah..,
ish buat syirayu naik darah jer.. tp still bleh sabar hehe.. 

Al-A’raf [126] Wahai Tuhan kami, 
limpahkanlah kesabaran kepada kami, 
dan matikanlah kami dalam keadaan Islam 
(berserah bulat-bulat kepada-Mu).

Alhmdulillah pada mase tu syirayu rse bsyukur sngt sebab x berlaku pape..,
cume kereta kaktie bercalar sikit jer...,cian die..,kene kuar duit..,
ye r..,student r katekan bukan nye ade duit sangat kan... huhuhu...

Syirayu harap kawan2 jge bnyk bersabar wlau ape pun berlaku ae...
sampai cnie aje..celoteh dr syirayu..,smile alwayz... (^-^)V...






Tuesday 26 July 2011

SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK

Assalamualaikum..


Senyum selalu dari syirayu untuk kawan2.., Emm... beberapa hari lagi kita akan menyambut bulan ramadhan karim. Bulan ini la.., bln yang sangat di nantikan oleh syirayu. Seluruh umat islam diseluruh dunia akan bpuasa pada bulan ini dan berusaha mengumpulkan amal ibadah yang banyak untuk membeli syurga di akhirat kelak...~senyum...~, sepanjang bulan ini syirayu akan cube sedaya upaya untuk membuat amal yang banyak supaya dapat dibawa kealam barza nnt..,matlamat syirayu pada bulan puase nie adalah untuk  khatam al-quran sebelum habis bulan puase.. chaiyukk!!! syirayu!!! yeah!!!

S.R 1

S.R 2

S.R 3

S.R 4

S.R 5

S.R 6

Sajer je.. sy bg bnyk color supaye kawan2 boleh pilih yang mane suke wokey... enjoy you ibadah..~senyum..~



Saturday 2 July 2011

CIRI2 JIWA YANG TENANG....

Selalunya emosi selalu terusik dengan sesuatu dugaan atau kegembiraan yang berlaku pada diri kita. Apabila suka kita ketawa dan apabila duka kita bersedih. Perasaan atau emosi berkait rapat dengan ketenangan jiwa. Jika kita dapat mengawal kedua-dua emosi kita.. sama ada suka atau duka.. ini bermakna kita memiliki kekuatan iman yang teguh.. 


Saturday 14 May 2011

Qailullah yang tersirat

Tidur siang pernah di anggap sebagai salah satu tanda kemalasan. Islam mengangapnya sebagai suatu kebaikan asalkan seseorang itu tidak berlebih-lebihan dengannya.
Di dalam kitab ‘Misykatul Masabih’ disebutkan tentang salah satu amalan sunnah yang pernah dilakukan oleh nabi:
“ Tidur yang sedikit di waktu tengahari (qailulah) tidaklah keji. Rasullah ada melakukannya.”
Imam al-ghazali di dalam kitab ‘ilya ulumuddin’ telah berkata:
“Hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur di siang hari kerana ianya membantu ibadah di malam hari sebagaimana sahur membantu puasa di siang hari. Sebaik-baiknya ialah bangun sebelum tergelincir matahari untuk solat zohor”.
Islam mempunyai pandangan tertentu tentang tidur tengahari. Ia di anggap sebagai sunnah dan bukan sebagai suatu yang keji . Tidurnya hanya sekejap. Tujuannya adalah untuk kesegaran tubuh badan agar dapat dimanfaatkan untuk melaksanakan amal dan ibadah yang berkualiti.
adek dia.. ngah tdo..

Friday 6 May 2011

VIRUS HATI

Pernahkah anda membuka komputer hati, dan menemukan sebuah virus yang menggangu program-program dan fail-fail di komputer hati kita?? Virus yang bagaimana?? Virus yang sentiasa membuatkan hati tidak tenang namun suka dan cemburu tapi cinta. Jika pernah, pasti virus itu virus Merah Jambu. Hendak tahu virus apakah itu??

Virus merah jambu atau virus cinta adalah satu jenis virus ganas yang mengakibatkan penyakit hati pada diri kita, ia juga dapat merebak ke seluruh network tubuh dan sangat sukar di hilangkan. Dari pelbagai data  yang pernah di temukan, ternyata virus ini banyak berlaku pada usia-usia remaja sekitar umur belasan tahun keatas. Lebih tepatnya virus ini banyak menjakiti para remaja yang tidak mempunyai sistem “firewall” berupa software “Iman”.

Tapi ‘survey’ juga ada membuktikan, walaupun para remaja tersebut memiliki software “Iman” pun, namun kerana jarang membuka fail “C:ImanCintaIlahi.Exe” atau fail “ImanRajinIbadah.doc” yang berada di dalam paket ‘software’ tersebut, maka akhirnya remaja-remaja tersebut terkena juga dengan virus merah jambu yang menjalar keseluruh sistem computer hati mereka. Kebiasaannya ianya bermula dengan penurunan iman secara berperingkat-peringkat.

Pada akhirnya virus ini membuat pusat sistem di saraf otak dan akal mereka menjadi  “hang” serta tidak dapat berfungsi secra normal. Jika hal seperti ini terjadi, maka virus ini akhirnya dapat mengawal sistem otak saraf dan akal yang kita miliki.

Pada waktu itu juga, kita akan sentiasa menjadikan cinta pada sesama manusia sebagai nombor satu, dan menjadikan cinta illahi sebagai nombor dua.

Tapi apakah itu semua dapat dicegah??? Bagaimanakah pula caranya? Yang pasti, jawapan ialah ya. Ianya perlu dilakukan secara berperingkat-peringkat. Pastikan pertamanya anda hilangkan dahulu fail-fail yang dapat menjadi pintu masuk virus ini, misalnya “cintadunia.exe”.

Lalu masukan disket anti virus yang berisi “sahsiah.exe” yang akan membersihkan sedikit ke akar-akarnya apabila fail tersebut di jalankan. Jika virus tersebut  tidak  berhasil, maka anda perlu meng”install”  kembali software “iman” . anda juga boleh pergi ke kajian-kajian yang menawarkan khidmat muat turun “installer iman” secara percuma. Atau anda juga boleh membeli disket “installer” berisi fail “aqidah.exe” atau “imankuat.doc”. Jika sudah berhasil diinstall, pastikan computer hati anda bekerja dengan normal kembali. Dan supaya tidak terulang kembali, maka seringlah membuka fail “dakwah.exe” dan “ukhwah.doc” agar hati kita sentiasa jernih dan sentiasa bersih…. Insya-Allah.

     smile always!! yea!!

Wednesday 27 April 2011

Mengapakah Aku Rasa Begitu Kecewa.. sob..sob..

Pandang Dengan Penuh Hikmah...

Apabila engkau memandang
Segalanya dari Tuhanmu,
Yang menciptakan segalanya,
Yang menimpakan ujian,
Yang menjadikan sakit hatimu,
Yang membuatkan keinginanmu terhalang,
Dan yang menyusahkan hidupmu..
Pasti akan damailah hatimu..
Kerana masakan Dia sengaja mentakdirkan
segalanya untuk suatu yang sia2..
Bukan dia tidak tahu
Deritanya hidup, Retaknya hatimu,
tapi mungkin itulah yang dia mahu..
Kerana hati yang sebeginilah yang selalunya lebih
lunak dan mudah
untuk akrab dan dekat dengan nya..

gambar hiasan..