{ UKHUWAH SEJATI }

Saturday 14 May 2011

Qailullah yang tersirat

Tidur siang pernah di anggap sebagai salah satu tanda kemalasan. Islam mengangapnya sebagai suatu kebaikan asalkan seseorang itu tidak berlebih-lebihan dengannya.
Di dalam kitab ‘Misykatul Masabih’ disebutkan tentang salah satu amalan sunnah yang pernah dilakukan oleh nabi:
“ Tidur yang sedikit di waktu tengahari (qailulah) tidaklah keji. Rasullah ada melakukannya.”
Imam al-ghazali di dalam kitab ‘ilya ulumuddin’ telah berkata:
“Hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur di siang hari kerana ianya membantu ibadah di malam hari sebagaimana sahur membantu puasa di siang hari. Sebaik-baiknya ialah bangun sebelum tergelincir matahari untuk solat zohor”.
Islam mempunyai pandangan tertentu tentang tidur tengahari. Ia di anggap sebagai sunnah dan bukan sebagai suatu yang keji . Tidurnya hanya sekejap. Tujuannya adalah untuk kesegaran tubuh badan agar dapat dimanfaatkan untuk melaksanakan amal dan ibadah yang berkualiti.
adek dia.. ngah tdo..

Friday 6 May 2011

VIRUS HATI

Pernahkah anda membuka komputer hati, dan menemukan sebuah virus yang menggangu program-program dan fail-fail di komputer hati kita?? Virus yang bagaimana?? Virus yang sentiasa membuatkan hati tidak tenang namun suka dan cemburu tapi cinta. Jika pernah, pasti virus itu virus Merah Jambu. Hendak tahu virus apakah itu??

Virus merah jambu atau virus cinta adalah satu jenis virus ganas yang mengakibatkan penyakit hati pada diri kita, ia juga dapat merebak ke seluruh network tubuh dan sangat sukar di hilangkan. Dari pelbagai data  yang pernah di temukan, ternyata virus ini banyak berlaku pada usia-usia remaja sekitar umur belasan tahun keatas. Lebih tepatnya virus ini banyak menjakiti para remaja yang tidak mempunyai sistem “firewall” berupa software “Iman”.

Tapi ‘survey’ juga ada membuktikan, walaupun para remaja tersebut memiliki software “Iman” pun, namun kerana jarang membuka fail “C:ImanCintaIlahi.Exe” atau fail “ImanRajinIbadah.doc” yang berada di dalam paket ‘software’ tersebut, maka akhirnya remaja-remaja tersebut terkena juga dengan virus merah jambu yang menjalar keseluruh sistem computer hati mereka. Kebiasaannya ianya bermula dengan penurunan iman secara berperingkat-peringkat.

Pada akhirnya virus ini membuat pusat sistem di saraf otak dan akal mereka menjadi  “hang” serta tidak dapat berfungsi secra normal. Jika hal seperti ini terjadi, maka virus ini akhirnya dapat mengawal sistem otak saraf dan akal yang kita miliki.

Pada waktu itu juga, kita akan sentiasa menjadikan cinta pada sesama manusia sebagai nombor satu, dan menjadikan cinta illahi sebagai nombor dua.

Tapi apakah itu semua dapat dicegah??? Bagaimanakah pula caranya? Yang pasti, jawapan ialah ya. Ianya perlu dilakukan secara berperingkat-peringkat. Pastikan pertamanya anda hilangkan dahulu fail-fail yang dapat menjadi pintu masuk virus ini, misalnya “cintadunia.exe”.

Lalu masukan disket anti virus yang berisi “sahsiah.exe” yang akan membersihkan sedikit ke akar-akarnya apabila fail tersebut di jalankan. Jika virus tersebut  tidak  berhasil, maka anda perlu meng”install”  kembali software “iman” . anda juga boleh pergi ke kajian-kajian yang menawarkan khidmat muat turun “installer iman” secara percuma. Atau anda juga boleh membeli disket “installer” berisi fail “aqidah.exe” atau “imankuat.doc”. Jika sudah berhasil diinstall, pastikan computer hati anda bekerja dengan normal kembali. Dan supaya tidak terulang kembali, maka seringlah membuka fail “dakwah.exe” dan “ukhwah.doc” agar hati kita sentiasa jernih dan sentiasa bersih…. Insya-Allah.

     smile always!! yea!!