{ UKHUWAH SEJATI }

Saturday 14 May 2011

Qailullah yang tersirat

Tidur siang pernah di anggap sebagai salah satu tanda kemalasan. Islam mengangapnya sebagai suatu kebaikan asalkan seseorang itu tidak berlebih-lebihan dengannya.
Di dalam kitab ‘Misykatul Masabih’ disebutkan tentang salah satu amalan sunnah yang pernah dilakukan oleh nabi:
“ Tidur yang sedikit di waktu tengahari (qailulah) tidaklah keji. Rasullah ada melakukannya.”
Imam al-ghazali di dalam kitab ‘ilya ulumuddin’ telah berkata:
“Hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur di siang hari kerana ianya membantu ibadah di malam hari sebagaimana sahur membantu puasa di siang hari. Sebaik-baiknya ialah bangun sebelum tergelincir matahari untuk solat zohor”.
Islam mempunyai pandangan tertentu tentang tidur tengahari. Ia di anggap sebagai sunnah dan bukan sebagai suatu yang keji . Tidurnya hanya sekejap. Tujuannya adalah untuk kesegaran tubuh badan agar dapat dimanfaatkan untuk melaksanakan amal dan ibadah yang berkualiti.
adek dia.. ngah tdo..

No comments:

Post a Comment